Monday, November 11, 2013

Pengalaman Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

dah 3 minggu aku bekerja
dan menjadi salah seorang yang menyesakkan ibu kota

tapi aku belum lagi berjalan2 sekitar sini
walaupun tiap2 hari pergi kerja tengok menara berkembar

makin hari makin aku suka kerja ni
walaupun ramai orang yang cakap ianya sangat penat
yup! aku akui ianya sangat penat
tapi sampai bila kita nak mengeluhkan

dan hidup kat sini, bermacam2 cerita kehidupan yang dapat dilihat
serius, aku sendiri pun mengalaminya

ada seorang rakan sekerja aku
laki
sekali tengok dia, ingatkan hidup dia macam sempurna gila
sebab tengok muka dia cam tak de masalah
tapi bila da kenal, dia cerita macam2
baru aku taw macam mana kehidupannya
jauh berbeza dengan kehidupan aku
dan aku pun terpikir
owww.. ada lagi rupanya orang lagi susah daripada aku

jadi, nak mengeluh sepanjang masa pun tak boleh
apa yang boleh dilakukan
cuba sedaya upaya untuk buat hidup kita rasa bahagia

aku pun cuba sedaya upaya untuk menolak anasir2 yang tak berapa nak elok sangat
Alhamdulillah, aku berjaya lagi setakat ni
tapi aku pun takut jugak
sampai bila aku mampu bertahan

sebab tu bila nak berkawan kena memilih jugak
sebab tu jugak kadang2 aku lagi suka menyendiri
supaya aku boleh buat apa yang aku nak buat
tak payah nak ikut orang sangat

dan sekarang pun aku memahami
pengalaman kehidupan akan mematangkan lagi pemikiran seseorang itu
carilah pengalaman sebanyak yang mungkin
selagi masih bernafas

1 comment:

Ellyda Lee said...

Wan, I miss you :(.. Ellyda.