Monday, November 11, 2013

Pengalaman Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

dah 3 minggu aku bekerja
dan menjadi salah seorang yang menyesakkan ibu kota

tapi aku belum lagi berjalan2 sekitar sini
walaupun tiap2 hari pergi kerja tengok menara berkembar

makin hari makin aku suka kerja ni
walaupun ramai orang yang cakap ianya sangat penat
yup! aku akui ianya sangat penat
tapi sampai bila kita nak mengeluhkan

dan hidup kat sini, bermacam2 cerita kehidupan yang dapat dilihat
serius, aku sendiri pun mengalaminya

ada seorang rakan sekerja aku
laki
sekali tengok dia, ingatkan hidup dia macam sempurna gila
sebab tengok muka dia cam tak de masalah
tapi bila da kenal, dia cerita macam2
baru aku taw macam mana kehidupannya
jauh berbeza dengan kehidupan aku
dan aku pun terpikir
owww.. ada lagi rupanya orang lagi susah daripada aku

jadi, nak mengeluh sepanjang masa pun tak boleh
apa yang boleh dilakukan
cuba sedaya upaya untuk buat hidup kita rasa bahagia

aku pun cuba sedaya upaya untuk menolak anasir2 yang tak berapa nak elok sangat
Alhamdulillah, aku berjaya lagi setakat ni
tapi aku pun takut jugak
sampai bila aku mampu bertahan

sebab tu bila nak berkawan kena memilih jugak
sebab tu jugak kadang2 aku lagi suka menyendiri
supaya aku boleh buat apa yang aku nak buat
tak payah nak ikut orang sangat

dan sekarang pun aku memahami
pengalaman kehidupan akan mematangkan lagi pemikiran seseorang itu
carilah pengalaman sebanyak yang mungkin
selagi masih bernafas

Tuesday, November 5, 2013

Tahun Baru dan Ragam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Salam Maal Hijrah
Salam Tahun Baru 1435H
kepada Muslimin dan Muslimat

tahun baru
ramai yang akan cakap pasal hijrah
berubah
daripada kurang baik kepada baik
daripada baik kepada sangat baik
apa2 pun boleh berubah

aku pun berharap tahun baru ni pun
rezeki aku akan melimpah2
dan dilindungi oleh-Nya
insya Allah
Aminn..

dalam kita berhijrah
aku perhatikan satu perkara yang susah untuk anak muda berhijrah
tak taw la apa pandangan orang lain
tapi daripada pandangan aku macam tu lla
nak2 ragam bercinta dorang nih

aku hidup dan membesar di kampung
sekarang baru aku taw jauh bezanya
dengan hidup dan membesar di bandar
yup! now I can see it.

cara hidup lagi la berbeza
perangai sah2 berbeza
bukan semua budak bandar
tapi hanya sebilangan je la
I dont hate budak bandar
just sekarang,
apa2 perkara yang berlaku depan mata
dan hati aku berdetik
"oowww... patut la"
"eemmm, macam ni rupanya dorang"

yang paling obvious budak2 muda bercinta
Ya Allah!
serius kadang2 aku tak tahan nak mendengar nya
24 jam kalau boleh nak bercerita pasal pakwe dia je
macam ko sorang je ada pakwe kan?

yang bersuami pun boleh jugak duk p layan lelaki lain?
aku tak taw nak cakap apa
Ya Allah...
jauhkanlah aku dari perkara2 maksiat.
Amin amin..

Friday, November 1, 2013

November, Please Be Nice To Me

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

November's coming! huhuhuhuhu
bulan November ni akan jadi bulan penuh cabaran
kat tempat baru
dan kat tempat kerja

harap2 November ni akan berjalan dengan lancar
Ya Allah,
permudahkanlah urusan hamba-Mu ini

harap2 aku pun akan kekal dengan kerja ni
serius!
penat da tukar2 kerja
duitnya tak cukup2
duit nak bayar PTPTN pun tak terbayar lagi
hutang2! huhuhu