Sunday, October 27, 2013

Budak Ibu Kota

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hampir seminggu berada di tempat baru
dan kerja baru
Alhamdulillah
masih bernafas seperti biasa

setiap hari aku belajar benda baru
setiap hal yang berlaku ada je moral value di sebalik semua tu
sebab tu timbul ada hikmah disebalik kejadian

dan aku pun paham beberapa perkara mengenai anak muda di ibu kota ni
walaupun aku masih di kira muda,
tapi adik-adik yang dibawah umur aku yang aku cakapkan
dan juga mungkin jugak yang sama umur dengan aku

couple
yup!
the issues is couple!!
kekasih boyfriend, girlfriend
aku rasa itu perkara biasa di sini kot
dan perkara yang mengejutkan aku
mula-mula masuk rumah sewa baru,
adik2 ni dah tanya aku
"akak ada boyfriend?"

mula-mula masuk kerja pun macam tu jugak
adik-adik2 yang umur 21 tahun lagi
"akak ada boyfriend?"

perrrggggh!!!
memang hebat la budak2 kat sini
pastu kalau duk bergayut kat talipon tu
"abang datang la sini"
"abang sihat"
abang dah makan"
"abang buat apa?, sayang dah main game tu sampai level 150 juta"!!
what!!!!
main game pun korang nak bagitaw samapi level berapa.
pastu siap ber'abang' 'sayang' lagi

nampak bahagia sangat.
sangat la bahagia
caring sangat pun ada

well... aku tak de la nak jeles ngan dorang pun
cukup la aku begini,
sorang-sorang
tak payah nak pikir pasal orang lain sangat
cukup la dengan pengalaman dulu

percaya la,
bila korang dah sekali patah hati
dengan satu-satunya harapan kau dulu
susah untuk bangkit semula
tapi aku tak de la patah hati sangat
cukup la dengan pengalaman yang menyedarkan aku
yang mematangkan aku


Wednesday, October 23, 2013

Kerja Baru

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillh.
Kerja baru, suasana baru, rakan sekerja baru, bos baru, cara kerja pun baru.

Yup!
I'm never dreams to work at d super buzy city.
Memang sekeras2nya tidak mahu
Tapi apakan daya
Di ibu kota ni jugak rezeki aku ada untuk ari ni

Harap2 ianya akan kekal untuk 1 tempoh yg agak lama
Aku pun da bosan asyik2 tkar tempat.
Masalahnya bila nk packing brang dan angkat pindah ke tempat baru.
Aritu pun pindah, last minute mintk tolong kwn.
Nasib baik dia bleh tolong.

Kerja baru ni setakat ni tak rasa stress sgt.
But, I can feel it slowly. Huhu
Ya Allah, kau mudahkanlah segala urusan hambaMu ini.
Aminn.

Saturday, October 19, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah...
syukur kepada Allah S.W.T
semua urusan hari ni dipermudahkan

Alhamdulillah
tadi pagi dah pergi tengok rumah sewa
ook la. daripada tak de
walaupun sewa bagi aku
agak membebankan dengan keadaan sekarang
tapi semua ok sebab fully furnished
siap dengan Astro lagi
yeezzzaaa!!
jadi tak de la ketinggalan zaman sangat nanti
hehehehe

rumah sewa dekat Pandan Indah
owner sangat baik
siap jemput dekat LRT lagi. fuhh!
cuma masalah sikit sebab nak bawak barang
aishh, kalau la aku ada kete sekarang
semuanya kejap je nak settle
tak pe2
sabar2
kerja sungguh2,
cukup duit beli kete. Insya Allah
Aminn...

dan lepas ni pun, hari2 la aku naik LRT
daripada jakun tak tahu macam mana nak naik,
sekarang dah berani naik dah
hehehehehee
betul la kata2 yang berbunyi
"tanpa keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan"

*btw, sapa2 yang cari rumah sewa area kawasan ampang,
dan kebanyakan rumah yang partially furnished, boleh la inform.
sbb owner rumah ni memang wat bisnes umah sewa*



Friday, October 18, 2013

Hidup Merantau

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

hidup merantau
banyak dugaan
banyak rintangan
namun
itu semua pengalaman

ada kawan2 bertanya
kenapa tak cari kerja kat terengganu je
yeah! I Luv Terengganu. so much!
tapi apakan daya
mungkin rezeki aku bukan kat terengganu
sebab tu aku merantau
ke luar dari negeri tercinta
dengan harapan untuk merubah hidup aku sendiri
dan juga keluarga

mula2 aku takut jugak
tapi kawan2 banyak bagi dorongan
tambah pulak dengan mak dan ayah aku tak kisah sangat pun
walaupun aku tahu diorang teramat risau akan anak gadis dia yang sorang nih. huhuhu

dan aku pun tak boleh nafikan
dengan hidup merantau
aku kenal macam-macam ragam manusia
aku dapat kenal budaya dan adat resam selain di terengganu
aku suka tengok dan mengenali budaya orang lain
makanan diorang sah2 tak sama
walaupun masih di Malaysia
dalam masa yang sama,
nak cari bakal suami di segenap pelosok Malaysia. hehehe
tapi nak orang Terengganu jugak! *jelir lidah dengan sopan*

insya Allah,
dalam sedikit masa lagi
aku akan merantau ke Ampang pulak
di tengah2 bandar yang super busy
berhampiran pulak dengan KL yang lagi super duper busy
Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini walau di mana jua ku berada *aminkan doa*

serius,
seram jugak kot
dengan pelbagai isu2 semasa sekarangkan
dan aku pulak sorang2 ke Ampang,
tanpa berkawan

rumah sewa harap2 dapat la esok
sangat2 memerlukannya
dengan duit yang sengkek
memang terpaksa ikat perut la

Wednesday, October 16, 2013

Journey

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

dari Besut, Terengganu
ke Kota Kinabalu, Sabah
ke Marang, Terengganu
ke Kemaman, Terengganu
ke Seremban, Negeri Sembilan
ke Mantin, Negeri Sembilan

fuuuhhh..
jauh jugak perjalanan ni ye
perjalanan hidup yang penuh berlliku ni pun lagi la jauh
dalam tempoh 1 tahun ni pun,
yakni tahun 2013,
da 2 kali aku berpindah
dan insya Allah, kalau murah rezeki,
akan berpindah lagi ke Ampang

kali ni insya Allah kerja da ada basic.
Alhamdulillah
serius, nak hidup dengan komisyen,
memang tak lepas
yang lepas pun, mesti ada simpanan dulu
bila simpanan dah ribu riban,
boleh la cari kerja yang based on komisyen jek

dan sekarang aku sedar
duit itu sangatlah penting
sangat sangat sangat penting
nak bayar tu, nak bayar ni
cari duit ni sebab nak bayar hutang je
nak buat simpanan, tunggu betul2 da stabil

pindah ke Ampang pun secara drastik dan kebetulan
harap2 ada la rezeki kat sana
walaupun takut jugak sebab sesorang
tapi apakan daya
Allah itu sentiasa bersama dengan hamba-Nya
moga2 dilindungi la dalam mencari rezeki yang halal

#sapa-sapa ada rumah atau bilik sewa yang berdekatan
dengan Ampang Point, harap boleh maklumkan dengan segera#


Tuesday, October 15, 2013

Bumi Itu Bulat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

what comes around goes around
hidup ni macam roller coaster
kejap atas kejap bawah

dan sekarang, aku merasainya
to the bottom of the earth
and to the bottom of my heart,
aku berdoa menadah tangan,
semoga Allah kuatkan semangat aku

aku merasai sekarang
nak hidup bukannya senang
nak hidup dengan senangnya tak mudah

kadang-kadang aku merasa bangga jugak
aku menempuhi cobaan dunia ini
moga ianya akan mematangkan aku yang dah matang

biar mak ayah tak tahu
sebab aku tahu mereka pun perit untuk sampai ke tahap sekarang
jadi,
biarlah aku merasainya sendiri

merempat tak apa
jangan merempit
meminta tak apa
jangan mencuri
merana tak apa
jangan meronggeng entah ke mana

My 2nd Blog

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Yezza!!! Hello dunia blog!
setelah berzaman ditinggalkan, kini tergerak hati nak aktif balik. 
insya Allah.

dan ini adalah blog ke-2 aku.
berfikir, tak nak guna blog mula2.
sebab terlalu banyak kenangan
nak delete, tapi rasa sayang
sebab terlalu banyak kenangan
jadi 2nd blog ni diwujudkan
tanpa dihapuskan blog yang dulu

tapi blog dulu
hanya aku saja yang dapat akses.
hahahahaha

aku - akan digunakan sebagai ganti diri kepada diri aku sendiri
sepanjang penulisan blog ini akan berlangsung

dreams - mimpi.
aku mempunyai banyak mimpi atau impian yang ingin digapai
satu per satu insya Allah aku akan capai
tapi ianya pasti makan masa yang lama