Sunday, October 27, 2013

Budak Ibu Kota

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hampir seminggu berada di tempat baru
dan kerja baru
Alhamdulillah
masih bernafas seperti biasa

setiap hari aku belajar benda baru
setiap hal yang berlaku ada je moral value di sebalik semua tu
sebab tu timbul ada hikmah disebalik kejadian

dan aku pun paham beberapa perkara mengenai anak muda di ibu kota ni
walaupun aku masih di kira muda,
tapi adik-adik yang dibawah umur aku yang aku cakapkan
dan juga mungkin jugak yang sama umur dengan aku

couple
yup!
the issues is couple!!
kekasih boyfriend, girlfriend
aku rasa itu perkara biasa di sini kot
dan perkara yang mengejutkan aku
mula-mula masuk rumah sewa baru,
adik2 ni dah tanya aku
"akak ada boyfriend?"

mula-mula masuk kerja pun macam tu jugak
adik-adik2 yang umur 21 tahun lagi
"akak ada boyfriend?"

perrrggggh!!!
memang hebat la budak2 kat sini
pastu kalau duk bergayut kat talipon tu
"abang datang la sini"
"abang sihat"
abang dah makan"
"abang buat apa?, sayang dah main game tu sampai level 150 juta"!!
what!!!!
main game pun korang nak bagitaw samapi level berapa.
pastu siap ber'abang' 'sayang' lagi

nampak bahagia sangat.
sangat la bahagia
caring sangat pun ada

well... aku tak de la nak jeles ngan dorang pun
cukup la aku begini,
sorang-sorang
tak payah nak pikir pasal orang lain sangat
cukup la dengan pengalaman dulu

percaya la,
bila korang dah sekali patah hati
dengan satu-satunya harapan kau dulu
susah untuk bangkit semula
tapi aku tak de la patah hati sangat
cukup la dengan pengalaman yang menyedarkan aku
yang mematangkan aku


Wednesday, October 23, 2013

Kerja Baru

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillh.
Kerja baru, suasana baru, rakan sekerja baru, bos baru, cara kerja pun baru.

Yup!
I'm never dreams to work at d super buzy city.
Memang sekeras2nya tidak mahu
Tapi apakan daya
Di ibu kota ni jugak rezeki aku ada untuk ari ni

Harap2 ianya akan kekal untuk 1 tempoh yg agak lama
Aku pun da bosan asyik2 tkar tempat.
Masalahnya bila nk packing brang dan angkat pindah ke tempat baru.
Aritu pun pindah, last minute mintk tolong kwn.
Nasib baik dia bleh tolong.

Kerja baru ni setakat ni tak rasa stress sgt.
But, I can feel it slowly. Huhu
Ya Allah, kau mudahkanlah segala urusan hambaMu ini.
Aminn.

Saturday, October 19, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah...
syukur kepada Allah S.W.T
semua urusan hari ni dipermudahkan

Alhamdulillah
tadi pagi dah pergi tengok rumah sewa
ook la. daripada tak de
walaupun sewa bagi aku
agak membebankan dengan keadaan sekarang
tapi semua ok sebab fully furnished
siap dengan Astro lagi
yeezzzaaa!!
jadi tak de la ketinggalan zaman sangat nanti
hehehehe

rumah sewa dekat Pandan Indah
owner sangat baik
siap jemput dekat LRT lagi. fuhh!
cuma masalah sikit sebab nak bawak barang
aishh, kalau la aku ada kete sekarang
semuanya kejap je nak settle
tak pe2
sabar2
kerja sungguh2,
cukup duit beli kete. Insya Allah
Aminn...

dan lepas ni pun, hari2 la aku naik LRT
daripada jakun tak tahu macam mana nak naik,
sekarang dah berani naik dah
hehehehehee
betul la kata2 yang berbunyi
"tanpa keberanian, mimpi tidak akan jadi kenyataan"

*btw, sapa2 yang cari rumah sewa area kawasan ampang,
dan kebanyakan rumah yang partially furnished, boleh la inform.
sbb owner rumah ni memang wat bisnes umah sewa*